Saturday, May 9, 2009

4 Basah, 2 Kering

Salam Sang Pejuang,

Seronok, gembira, bertuah dan beruntung. Kenapa? Ini antara perasaan saya sepanjang berada di Shah Alam (Bandar majoriti orang Melayu) selama lebih kurang 4 bulan sepanjang tempoh menjalani latihan industri. Tinggal di Seksyen 24, Shah Alam sangat strategik. Bukan sahaja dekat dengan Bandar Shah Alam, Masjid, stesen Komuter dan macam-macam lagi, tetapi yang paling penting adalah peluang untuk menimba sebanyak mungkin ilmu keduniaan mahupun akhirat sangat banyak dan begitu bercambah di masjid-masjid, ataupun surau-surau berhampiran. Yang perlu ditanya sama ada kita mahu hadir ataupun hanya mampu menggoyangkan kaki di rumah. Yang pasti, goyang kaki je tak dapat ape-ape penambahan ilmu. Itu saya pasti!

Ingin saya kongsikan kuliah yang sempat saya ikut dengan sahabat-sahabat sekalian di Seksyen 18, tak jauh dari Seksyen 24 tempat tinggal saya dulu. Nak dengar tak? Ahh..tak kisah la, suka atau benci saya tetap nak cerita jugak.

Kuliah ini disampaikan oleh Ust Hasbullah daripada UIA, terima kasih ustaz, saya cukup terpegun mendengar kuliah yang disampaikan oleh ustaz walaupun ustaz hanyalah menggantikan pengkuliah yang tidak dapat hadir pada malam tersebut. 4 basah, 2 kering, ape tu..? Itulah yang saya ingin kongsikan.

Ustaz mula bercerita, katanya, mase dia kecik-kecik dahulu, guru yang mengajarnya subjek Pendidikan Islam memberi formula mudah kepadanya untuk mengingati syarat sah wuduk iaitu 4 basah, 2 kering. 2 yang kering adalah Niat dan Tertib. Manakala 4 yang basah adalah membasuk tangan hingga ke siku, membasuh keseluruhan muka, membasahkan rambut dan membasuh kaki. Formula mudah bukan? Tetapi bukan itu yang sebenarnya ingin dikongsikan oleh ustaz Hasbulllah pada malam tersebut.

4 basah, 2 kering yang sebenar adalah seperti berikut yang merupakan antara syarat-syarat kepada umat Muhammad untuk mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak :

2 Kering

1.Niat

Niat adalah perkara yang paling mudah untuk mendapat pahala apabila seseorang berniat untuk melakukan kebaikan walaupun tidak sempat untuk menunaikannya. Contohnya berniat untuk bagun solat malam sebelum tidur, berniat untuk puasa sunat dan sebagainya..mudah bukan.

2.Dengar

Mendegar juga perkara kering yang mudah untuk kita semua aplikasikan dalam kehidupan seharian. Contohnya mendengar kuliah-kuliah agama, mendengan alunan zikir dan bacaan Al-Quran serta banyak lagi. Jadi, apa tunggu lagi.

4 Basah

1.Air Liur

Perkara basah yang pertama ini bolehlah digunakan untuk perkara-perkara kebaikan. Contohnya membaca Al-Quran, berzikir, menyampaikan kuliah-kuliah ilmu dan lain-lain lagi. Jangan bazirkan air liur anda dengan hanya berbual-bual kosong.

2.Air Mata

Menangis kerana takutkan azab Allah antara perkara yang susah bagi sesetengah orang. Antara 7 golongan yang akan dinaungi oleh Arays Allah di Padang Mahsyar kelak adalah mereka yang menangis kerana takutkan azabNya, bukan menangis hiba kerana menonton cerita Hindustan!

3.Air Peluh

Basah yang ketiga adalah air peluh. Mereka yang berpeluh demi menjaga dan bekerja untuk agama Allah sudah pasti akan diberi ganjaran di akhirat kelak. Ayuh berpeluh dijalanNya..

4.Darah

Darah yang mengalir bagi pejuang jihad Fisabilillah adalah perkara basah yang terakhir yang menjanjikan Syurga bagi yang berpeluang merebutnya. InsyaAllah..

Wah, menarik bukan formula di atas..!! Justeru itu, marilah sama-sama kita meramaikan majlis-majlis ilmu, moga-moga kita semua mendapat sebanyak mungkin manfaat daripada kuliah-kuliah yang telah disampaikan, malah boleh pula berkongsi dengan yang lain..

Nik_F

~::|Memberi bukan erti untuk Menerima|::~

1 comments:

The Think Tanker said...

Assalamualaikum wbt

Dah jadi Orang Shah Alam da skrg...

Mari kita gunakan masa sebaiknya untuk terus suburkan Majlis Ilmu di tempat2 kita...

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template